Fitrah kejadian manusia akan berusaha untuk mencari siapakah yang telah mencipta dirinya yang terlalu sempurna ini. Ia akan terdetik dalam fikiran setiap orang apabila akalnya berfikir dengan waras dan ingin benar-benar mencari kebenarannya.
Tidak dinafikan kejadian manusia adalah hasil daripada berlakunya persenyawaan diantara benih lelaki dan perempuan di suatu sudut yang dianugerahkan khas kepada kaum wanita. Inilah kelebihan wanita daripada lelaki. Fikirlah di dalam sudut itu belakulah satu proses yang memakan masa sembilan bulan sepuluh hari menghasilkan seorang insan yang hidup mempunyai nyawa. Setiap sesuatu di dunia ini ada penciptanya. Melihat kenderaan yang bergerak di jalan sudah tentu kita akan berkata hebatnya manusia boleh mencita kereta itu. Melihat kapal terbang terbang kita akan berkata hebatnya manusia yang mencipta kapal terbang itu. Tetapi SIAPA PULA YANG MENCIPTA MANUSIA yang hebat itu?
Untuk menjawab persoalan ini ia tidak akan terjawab dengan hanya akal fikiran sahaja. Kenapa? Berfikirlah seketika terjadinya manusia ini bersama-sama dengan akal fikirannya. Jadi, sudah tentu penciptanya adalah lebih hebat daripada apa yang ada pada manusia itu kerana ia sesuatu yang dicipta. Cuba kita berfikir lagi. Jika kita berada ditempat pencipta, adakah kita akan mencipta sesuatu yang lebih hebat dari kita? Inilah kebenarannya. Dari sini ia akan membawa manusia itu mencari sesuatu bentuk fahaman yang boleh memandunya untuk mencari penciptanya iaitu AGAMA.
Untuk menjawab persoalan ini ia tidak akan terjawab dengan hanya akal fikiran sahaja. Kenapa? Berfikirlah seketika terjadinya manusia ini bersama-sama dengan akal fikirannya. Jadi, sudah tentu penciptanya adalah lebih hebat daripada apa yang ada pada manusia itu kerana ia sesuatu yang dicipta. Cuba kita berfikir lagi. Jika kita berada ditempat pencipta, adakah kita akan mencipta sesuatu yang lebih hebat dari kita? Inilah kebenarannya. Dari sini ia akan membawa manusia itu mencari sesuatu bentuk fahaman yang boleh memandunya untuk mencari penciptanya iaitu AGAMA.
Kenapa kita memerlukan agama? Agama sebenarnya adalah satu pegangan atau cara hidup yang memandu manusia untuk mengenal penciptanya. Jika tersalah memilih agama kita tidak akan mengenal pencipta kita. Sebab itu pernah kita dengar ada manusia yang menyembah api. Manusia yang menyembah api ini sudah tentu dia akan kata api itu sangat hebat. Mungkin dia rasa api itu hebat boleh membakar sesuatu termasuk manusia sehingga hancur lebur. Bagaimana pula bila api terkena air? Api yang marak pun boleh padam jika berkali-kali disimbah dengan air. Lemahnya api jika begitu. Adakah sesuatu yang lemah boleh dianggap sebagai pencipta kepada manusia?
Pencipta manusia ini semestinya lebih hebat dari manusia itu sendiri. Tidak mungkin juga pencipta manusia itu dari kalangan manusia. Kenapa tidak boleh ia dikalangan manusia? Manusia bila sampai satu ketika ia akan mati. Layakkah ia nak jadi pencipta manusia sedangkan ia sendiri akan mati? Sudah tentu tidak bukan. Kerana mati ini membuktikan bahawa manusia adalah suatu yang lemah.
Islam akan membawa kita mengenali tuhan kita yang maha esa iaitu ALLAH yang satu. Tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan DIA {ALLAH} yang satu. Kenapa tidak dua? Setiap orang boleh berfikir apa akan terjadi jika ada dua tuhan yang mentadbir alam ini. Sudah tentu setiapnya berkehendak kepada apa yang diinginkannya. Bila kehendak itu tidak sama apa akan terjadi? Berfikirlah sejenak.
Jika anda yakin bahawa tuhan itu hanya satu. Tuhan yang mencipta setiap sesuatu yang ada di seluruh alam semesta ini. Tidak bersifat seperti setiap benda yang diciptaNya di alam ini. Tidak sekali-kali ia bersifat dengan sifat yang lemah. Hanya segala sifat yang mulia sahaja yang ada padaNya. Anda telah hampir mengenaliNya. Justeru marilah kita mengucapkan kalimah agung dibawah ini.
Maksudnya:- Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan ALLAH.
Merilah bersama-sama kita mengenali ALLAH dengan hanya mengikuti satu-satunya agama disisi ALLAH iaitu ISLAM. Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment