Islam Agama Rasmi

11.9.12

Bismillahirrahmainirrahim..

Di Malaysia, perlembagaan negara telah menetapkan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi bagi negara ini. Walaupun begitu penganut agama-agama lain boleh mengamalkan pegangan agama mereka.

Apa yang kita faham dengan perkataan "mubaligh"?

Mubaligh ialah ahli kumpulan agama yang dihantar ke luar negeri untuk menyebarkan ajaran agama mereka melalui dakwahpendidikankhidmat sosial dan sebagainya. Perkataan "mubaligh" berasal dari bahasa Arab iaitu, مبالغ yang bermaksud "berlebihan" atau "berluasan", yang menakrifkan usaha memperluaskan penyebaran agama oleh orang yang bergelar mubaligh.

Besar sungguh peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk itu. Apa yang saya faham dari artikel itu ia adalah peruntukan bukan untuk pembangunan Mubaligh bagi agama rasmi negara. Persoalannya adakah sudah cukup pembangunan memperkukuhkan agama rasmi negara?


Kerajaan seharusnya memberi penumpuan kepada memartabatkan agama rasmi negara terlebih dahulu sebelum menumpukan pada pembangunan yang lain. Perlembagaan sudah cukup untuk difahami apa yang harus diberi perhatian oleh kerajaan kerana perlembagaan itulah yang menjadi asas kepada negara.

Jika asas negara dipinggirkan, dimanakah perginya ideniti negara itu. Kerajaan juga mencanang keseluruh dunia bahawa negara ini juga sebuah negara Islam. Betulkah negara Malaysia ini sebuah negara Islam? Jika Islam, sudah tentu setiap perkara mestilah mengikut kehendak dan landasan Islam.

Sekolah Agama Rakyat disekat bantuanya.
Perundangan Islam belum berjalan dengan sempurna.
Sistem Muamalat masih bercampur dengan sistem konvensional.

Banyak lagi perkara yang berlaku di dalam negara ini masih lagi bercanggah dengan kehendak Islam iaitu agama rasmi negara ini. Perkukuhkanlah asas negara terlebih dahulu sebelum menumpukan perkara yang lain. Kemaskanlah identiti negara terlebih dahulu sebelum perkara yang lain.

0 comments:

Post a Comment


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
 
 
 
 
Copyright © Coretan Guru