Islam Agama Rasmi

11.9.12

Bismillahirrahmainirrahim..

Di Malaysia, perlembagaan negara telah menetapkan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi bagi negara ini. Walaupun begitu penganut agama-agama lain boleh mengamalkan pegangan agama mereka.

Apa yang kita faham dengan perkataan "mubaligh"?

Mubaligh ialah ahli kumpulan agama yang dihantar ke luar negeri untuk menyebarkan ajaran agama mereka melalui dakwahpendidikankhidmat sosial dan sebagainya. Perkataan "mubaligh" berasal dari bahasa Arab iaitu, مبالغ yang bermaksud "berlebihan" atau "berluasan", yang menakrifkan usaha memperluaskan penyebaran agama oleh orang yang bergelar mubaligh.

Besar sungguh peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk itu. Apa yang saya faham dari artikel itu ia adalah peruntukan bukan untuk pembangunan Mubaligh bagi agama rasmi negara. Persoalannya adakah sudah cukup pembangunan memperkukuhkan agama rasmi negara?

Luahan Seorang Ibu Terhadap Guru

9.9.12

Bacalah, Bacalah dengan nama Tuhan mu Yang Maha Mencipta. Disini saya sekadar berkongsi apa yang saya terjumpa yang tersebar di facebook. Apalah pandangan anda kalau semua ibubapa berpandangan seperti ibu ini. Adakah dia seorang sahaja mempunyai masalah? Adakah guru yang dimaksudkan itu tidak mempunyai masalah? Adakah guru itu juga tidak mahu mempunyai kehidupan seperti ibu ini? Ini hanay sekadar berkongsi, tetapi yang menilai itu terserah pada diri masing-masing.


RENUNG-RENUNGKANLAH!


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
 
 
 
 
Copyright © Coretan Guru